Wednesday 20 March 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W

Hi guys. Hari ni aku nak share something dengan korang. Baca tajuk kat atas tu. So, let's start that. 

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


Saturday 9 March 2013

Isi Hati ZHZ

Hi all's, im back. Dah bersawang belog aku ni. Kalau nak story, memang banyaklahkan. Silap-silap bengkak jari aku ni menaip untuk korang. Tapi aku adalah beberapa story untuk korang. Tak banyak pun. Let's check it out. Cewahh!

  • 1st Story
I WANT HIM!!  <---- Nampakkan apa yang aku taip ni. Yes. I want him always beside me where never am I. Aku dah tak tahan hidup macam ni. Hidup dalam kerinduan. Bagi aku, dia adalah lelaki yang selalu buat aku ceria. Dia tak pernah sakitkan hati aku. (Kadang-kadang ada jugak). That's why I love him very much! Kenapalah aku ni ditakdirkan untuk berjauhan dengan dia? Kenapalah tangan aku ni gatal sangat pergi mohon 'Kolej' tu? Kenapalah aku pergi terima tawaran tu? Kenapalah aku ni degil sangat? Kenapa??!! Kalaulah aku boleh undurkan balik masa ni. Kalaulah aku tak mohon 'kolej' tu. Kalaulah aku dengar nasihat dorang. Okay, Stop Husna! Kalau nak difikirkan, memang banyak. It's all my fault! Aku yang salah!!

  • 2nd Story
AKU NAK PINDAH!! <---- Yes. I am. Memang aku nak sangat keluar atau bahasa kasarnya, berambus dari sekolah tu. Tempat tu tak sesuai untuk orang macam aku. Semua orang tak puas hati dengan aku. Yes. IM A BAD PERSON!! I KNOW THAT!!! korang je yang sempurna, baik. Aku ni tak! Aku ni dah penat menangis. Dekat situ, aku tak ada sesiapa pun yang ikhlas nak kawan dengan aku. Semuanya, depan aku baik. Pijak semut pun tak mati. Tapi belakang aku, maki-maki, kutuk-kutuk aku. Ingat aku tak tahu ke ha?!! Aku nak sangat keluar dari situ. Tapi tak ada sesiapa pun yang paham aku. Aku tak suka Fashion!! I HATE FASHION!!!

  • 3rd Story
HE'S ALWAYS BESIDE ME  <---- Muhammad Rashid Shah! Dia selalu ada bila aku perlukan dia. Dan dia sentiasa ada bila aku tak memerlukan pertolongan dia. Ya Allah! Dialah kawan gaduh, dialah kawan bertengkar, dialah kawan bergosip, dialah kawan berborak. Senang cerita, dia adalah segala-galanya bagi aku. Walaupun dia di Johor, aku di Seremban, tapi aku tak pernah rasa dia jauh dari aku. Setiap pagi aku akan intai barisan hadapan. Nak tengok dia datang atau tak. Walaupun berlainan kelas, tapi kami still bidang yang sama. FASHION!! Tapi dia ambil course yang 2 Tahun. Macam mana lagi 2 Tahun lagi tu? Aku nak cerita kat siapa bila aku sedih, marah nanti.. Dormmate? Memang taklah. Hanya dia je yang aku percaya. Ikhlas dari hati aku beritahu korang ni, He's my truly BFF!!! Jangan ada sesiapa yang cuba rampas dia dari aku. Tapi kalau Allah nak tarik dia dari aku, nak buat macam manakan? Redha sajalah dengan ketentuan Ilahi.

Sampai sini jelah celoteh aku. Taip banyak-banyak pun, bukan ada orang nak baca. Kan?? Not in the mood sebenarnya sekarang ni. Tapi memikirkan pasal belog ni dah lama tak update. TERPAKSALAH.. =') bye.