Sunday 27 January 2013

Kisah Tauladan

Kadang-kadang, kita tak perlu jadi terlalu baik pada orang. Sebab, kalau kita terlampau baik sangat, orang mungkin akan mengambil kesempatan pada kita. Betul tak? *BM aku awesome kan?. Kalau cikgu BM tengok, mesti dia bangga dengan aku.* Tadi aku tengah boring. *tak de siapa tanya pun kau boring atau tak* Then, aku search la kat Mr.Google ni Kisah Tauladan seperti yang korang baca kat atas tu. Dapat lah beberapa cerita yang agak menarik dan boleh dijadikan sebagai pengajaran. Let's check it out. *Cewahh, nak speaking London je*

Pelajaran Sang Kodok
Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahawa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.

Pengajarannya: Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.

Pemburu yang Tamak

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.

Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"

Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.

Pengajarannya: Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).

#Abaikan bahasa yang agak kasar itu. Tidak disengajakan

Cerita yang ketiga ni mungkin ada kena mengena dengan kita. Sesiapa pun mesti pernah ada sikap dengki antara satu sama lain. Jadi pengakhiran cerita ni aku dah letak pengajaran dia. 
Kisah Tiga Budak Hitam

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Pengajarannya: Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri. 

Baiklah, sampai disini sahaja Kisah Tauladan ni. Ada masa, aku akan update lagi entri terbaru. Yang baik datang dari Allah, Yang jahat/buruk itu datang dari kekurangan diri aku. #SalamMaghrib

Friday 25 January 2013

Dorm, Tidur & Happening

Sepanjang seminggu aku duduk kat asrama tu memang terseksa jiwa raga. *taktahulah pulak jiwa kita ni ada raga* Sebelum pukul 6 kena ada kat surau untuk solat Subuh. pagi tau, bukan petang. Ingat tu. Masa daftar hari tu, aku dapat dorm Siti Hawa dan dapat cadar warna hijau. Dah macam katil hospital pulakkan? Ikutkan hati memang taknak, tapi redha jelah orang dah bagi tukan? Nanti kalau protes nanti, ada jugak yang kena campak kat tempat lembu berkubang tu nanti. Yang paling best kat dorm aku ni, ramai yang mix. Cina+India+Melayu ada, Thailand+Filipina ada, yang lain tu aku tak ingt mix dgn apa. Tapi ramailah. Muka mcm matsaleh, tapi aku tak tahu dia ada campuran sebelah sana atau tak. Pedulilah, yang penting dorang semua comel, cantik dan baik. Tapi aku beritahu korang lah kan, bila malam waktu nak tidur tu, akan ada satu aroma yang menusuk kalbu. Iaitu bau TAIK LEMBU!! Oh, gelakkan aku ye? Gelaklah puas-puas, aku merajuk dengan korang. Lagi satu, dorm aku ni betul-betul kat belakang landasan keretapi. Cubalah korang cipta keretapi yang tak keluar sebarang bunyi boleh tak? Ini tidak, bunyi bila keretapi tu lalu mengalahkan bunyi banggunan kena langgar dengan todak! Eh? Silap pula, bunyi mengalahkan keretapi tu nak tercabut dari landasan tu tahu tak? Kuat betul. Yang tak boleh blah, katil aku bahagian atas. Dahlah berhabuk, sejuk pulak tu. *sebab dekat dengan kipas* 

Masa malam kedua terakhir sebelum cuti Wajib ni, kita orang satu dorm tu duduk berkumpul kat meja duduk tu. Borak-borak, makan-makan, minum-minum, kenal antara satu sama lain dan macam-macam lagilah. *banyak betul kata ganda aku ni* Entah pukul berapa kitaorang tidur malam tu, tapi yang pasti, aku tidur selepas keretapi tu lalu. Dan korang tahulah kan, bila dah tidur lambat semestinya bangun lambat. Betul tak? Tapi nasib baiklah sempat turun ke surau pukul 6. Kalau tak, tak tahulah. 

Aku sebenarnya nak cerita pasal semalam. Ada treasure hunt. Best tu, akak-akak fasilitator tempek tepung+telur+gam+watercolour dan tak lupa, air kolam kura-kura tu kat muka kitaorang. Busuk jugaklah jadinya. Tapi seronok sangat! Dah lama tak buat aktiviti macam tu. Tapi yang parahnya, dalam masa seminggu aku duduk kat sekolah ni, dah dua kali aku jatuh. Malu kot. *tutup muka guna daun pisang* Sekolah aku ni kalau nak panjat pagar memang takkan boleh.  Keliling sekolah ni sungguh menyeramkan. Ada landasan keretapi, tempat lembu berkubang, kubur. Kubur?? Yes, kenapa? Takut ek? Mari sini aku peluk korang supaya korang tak takut. *perempuan jelah* Makan pula, 5 kali sehari. Silap-silap, gemuk gedempol aku duduk sana. Jangan tanya kenapa aku nampak lain bila aku keluar dari sekolah tu lagi 4 tahun, inshaa Allah. 

Tapi tulah, baru seminggu aku duduk sini, dah rindu kat mak ngan abah. Nak menangis aku bila tak dapat telefon dorang hari tu. Now, bila dah ada depan mata, terubat kerinduan tu. Rasa macam tak jumpa dorang dah 5 tahun. Padahal baru 5 hari. Mengada tak? dalam masa setahun ni, 15 kali aku akan balik rumah.

  • 25 Januari-28 Januari
  • 8 Februari-12 Februari (CUTI TAHUN BARU CINA)
  • 8 Mac-10 Mac
  • 22 Mac-31 Mac (CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1)
  • 26 April-28 April
  • 30 Mei-9 Jun (CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2)
  • 5 Julai-7 Julai
  • 12 Julai-14 Julai
  • 19 Julai-21 Julai
  • 26 Julai-28 Julai
  • 2 Ogos-18 Ogos (CUTI PERTENGAHAN SEMESTER/CUTI HARI RAYA AIDILFITRI)
  • 13 September-16 September (CUTI HARI MALAYSIA)
  • 11 Oktober-13 Oktober (CUTI HARI RAYA AIDILADHA)
  • 1 November-5 November (CUTI DEEPAVALI/CUTI AWAL MUHARRAM)
  • 15 November (CUTI AKHIR TAHUN PELAJAR TAHUN 1)

Cuti aku tak sama macam budak sekolah *kerek sikit* Jangan jealous tau. Okaylah, bantal dah panggil. Good night semua, Assalamualaikum. Sebelum tidur jangan lupa baca doa sebelum tidur. Kalau boleh, ambil wuduk sebelum tidur. 

Thursday 24 January 2013

Ringkasnya Hidup Seorang Lelaki

Hari ni terlampau tension + boring sebab banyak benda tak settle lagi. Esok nak pergi sana dah. Tengah lepak-lepak kat ruang tamu sambil tengok cerita apa entah.. Merepek-repek je siaran sekarang ni. Tiba-tiba tergerak hati nak baca majalah SOLUSI isu 51 bulan Januari 2013. *rajin tak aku?* Tengah selak-selak mukasurat tu, ada pulak tajuk best. Tajuk dia apa yang korang baca kat atas tulah. RINGKASNYA KEHIDUPAN SEORANG LELAKI. Sesiapa yang dah baca tu, boleh la beralih ke blog yang lain ek. Harap Maaf. 

Disebalik titisan restoran mamak di Saujana Utama, tergambar syahdu hati bila lain makanan yang diminta, lain pula yang dihidangkan. Okayy, kita skip lah cerita ni. panjang sangat. *mesti korang sumpah seranah aku kan.. hahaha*

Kat bawah ni ada 10 fakta. Tak boleh lebih. Baca tau kaum Adam sekalian.

1. Lelaki menggunakan bilik air sama ada di rumah, pejabat tau pasar raya dengan satu tujuan dan pantas. *kalau perempuan pergi tandas, paham-paham sendirilah ye.*
2. Lelaki akan menyampaikan laporan mengenai sesuatu isu seringkas dan sepadat yang mungkin untuk mengelakkan laporan menjadi 'sejuk' dan hilang keberkesanannya.
3. Lelak memandu terus ke destinasi tanpa berhenti kerana tidak suka membazir waktu. Jika tersesat, lelaki sanggup meredah ke mana-mana walaupun jauh daripada berhenti bertanya arah jalan, kerana is satu kelemahan.
4. Lelaki akan memastikan semua lampu di rumah berfungsi termasuk lampu peti sejuk walaupun hanya sebotol air sahaja yang ada di dalamnya.
5. Lelaki lebih suka menyangkut baju di penyangkut baju daripada melipatnya kerana ia lebih mudah untuk dicari daripada menyelak baju yang dilipat dalam keadaan tersusun.
6. Lelaki lebih suka 'menguasai' remote control televisyen kerana memudahkan untuk mereka menukar rancangan apaila tiba masa iklan. Menonton iklan adalah pembaziran masa bagi lelaki.
7. Lelaki memakan apa sahaja yang ada dihadapan matanya. Dia akan menghabiskan sebaik mungkin, walaupun kadang-kadang makanan itu tidak menepati cita rasanya.
8. Lelaki suka memilih warna yang jelas dan sederhana, tidak terlalu berbunga dan menyusahkan mata.
9. Lelaki melihat wajah seseorang melalui tga perasaan; gembira, sedih, dan kabur. Mereka tidak mahu menambah emosi seseorang yang akan menyebabkan hidupnya sesak.
10. Lelaki suka kondisi meja kerjanya tidak terlalu kemas atau teratur. Lelaki sukar untuk melakukan kerja di atas meja yang kemas dan tersusun cantik. Lelaki meminati sesuatu yang cantik dan tidak disentuh.

'Ala kulli hal: Ringkas dan padat adalah jiwa lelaki.

Itu saja kot info yang aku boleh bagi kat korang. Inshaa Allah, kalau ada info-info yang menarik, aku update okay. Got to go. Hari yang terlampau busy, nasib baik hujung minggu ni dapat balik rumah. Lagipun kat asrama ada mesin basuh. OhhMyyy, tak habis-habis aku dengan mesin basuh tu. Tahan jelah. Bye Assalamualaikum.

#Abaikan typo-typo yang korang jumpa tu. Kesilapan teknikal. 

Monday 21 January 2013

Kehidupan Baru

Tajuk atas ni macam pelik sikitkan. Aku bukan nak cerita kehidupan baru lepas kahwin. Tak ada kena mengena pun. Kahwin pun belum. Aku nak cerita pasal........ baca dibawah ye sayang-sayang sekalian. :*

Hari ini bermulalah episod baru aku di sekolah baru.. Power tak BM aku? Jangan jealous tau. Tak tahulah nanti macam mana keadaan aku kat sana nanti. Mungkinkah kehidupan aku disana nanti akan lebih teratur berbanding sekarang? Siapa tahukan? *kunyah dekoder Astro* sejak aku lahir lagi, aku dah dengar macam-macam cerita pasal asrama ni. Bukan asrama aku je, semua asrama kat dunia ni. First sekali dah tentulah cerita HANTU kan? Cerita ni akan meletup-letup macam bunga api sambutan tahun baru tu pada waktu malam.. Ofcourse lah kan.. mana ada hantu keluar waktu siang-siang macam ni. Kalau ada juga, dah tentu-tentu Hang Tu yang jadi HANTU nya. Tak faham? Pergi semak kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tu.. Second, gejala BULI yang semakin berleluasa.. masa hari last day aku kat sekolah lamalah kan, kawan kelas aku ada cakap something  pasal sekolah baru aku ni..

S: Kat sekolah sana tu ada ramai budak HOT weyh..
Aku: Jadi? Apa masalah aku dengan budak-budak tu? *kasar tak ayat aku?*
S: Kau nak beat dengan aku tak? First day je kau masuk sekolah tu, mesti kau dah kena ragging.
Aku: Buat ape nak beat-beat ni semua? Lagi pun, ragging tu ape? *aku blur sikit bab bahasa rempit dorang ni*
S: Ragging pun kau tak tahu ke? *sambil tergelak macam orang kena sawan*
Aku: Lagi pun, aku tak ganggu hidup mereka. Nak buat ape dorang kacau hidup aku?
S: Suka hati kaulah.. Tak percaya sudah.
Aku: *cakap dalam hati* Kau pergi sekolah tu pun tidak, nak cakap lebih-lebih.

Aku terpaksa rahsiakan identiti S.*baik tak aku?* Kadang-kadang bila difikirkan balik, buat apa aku nak percaya apa yang S cakap kan? Aku pergi sana sebab nak belajar. Bukannya bergaduh. Betul tak? Third, gejala LGBT. *tak faham apa maksud LGBT? pergi search Google* tambah-tambah aku masuk sekolah ERT. Dah tentulah majoriti budak sekolahnya, perempuan. Selisih malaikat 44. Seram aku dengar pasal ni. Tapi nasib baiklah ada beberapa orang hero kat sekolah tu.. Penyelamat? Yelah kot. *garu kepala* Tak kisahlah. Yang penting sekarang ni aku nak belajar bersungguh-sungguh. Itu matlamat aku pergi ke sana. Ada orang cakap kat aku. Nama sekolah yang aku nak masuk ni panjang sangat. Bagi korang, panjang ke nama ni? Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga Dato' Undang Haji Mohamad Sharip. Err, panjang sikitlah kot. Tapi singkatan dia KVERTDUHMS. Pedulilah semua tu. Yang penting Fathiyah ada sekali kat sini. Siapa tu? ohh, kawan sekolah aku waktu kat SMDSA. tak berapa rapat sangat. Tapi dia baik tau. Dia tak sombong, sama macam kembar dia. Kembar? Yes, dia ada kembar. Seiras jugak la bagi aku. Sebab bila mereka bersama, aku sentiasa tak dapat bezakan yang mana Fathihah, yang mana Fathiyah. Last but not least, aku nak ucapkan terima kasih kat mereka-mereka ni semua yang sudi jadi kawan terbaik yang aku pernah ada.. Especially, Sara *kembar tak rasmi aku*, Qamarina *penolong ketua tingkatan yang kadang-kadang otak dia boleh jadi tak betul jugak. Macam aku*, Syafiqah Zulkifli *kadang2 aku suka cubit pipi chubby dia tu*, Ain *selalu cerita pasal abang tak rasmi dia tu, kadang-kadang layan je. Kadang-kadang tak. Sorry Ain*, Emylia *err, tak tahu nak cakap apa pasal dia*, Afiq, Aliff, Arash *tiga orang yang selalu buat kecoh dalam kelas, suka buat lawak, suka drop orang and anything yg melucukan* dan maaf kepada sesiapa yang aku tak taip nama dia dalam ni. Bukan dilupakan, tapi jari ni dah penat nak menaip. Apa-apa pun, korang sentiasa ada didalam hati aku. I LOVE YOU AND I WILL MISS YOU BADLY. Err, okayy. Sampai sini je kot. Nak check barang dulu. Kejap lagi nak pergi dah. Bye All's. In shaa Allah, panjang umur, kita jumpa lagi. *dah macam lirik lagu*

#Gambar ni yang akan aku bawak ke sana.. 

Thursday 17 January 2013

Rindu, Gembira & Sedih

Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entri aku kali ni berbunyi macam tu.. Memang sengaja je aku buat tajuk macam tu.. Takdelah, sebenarnya tajuk tu tentang perasaan aku sejak akhir-akhir ni.. Mesti bila dekat sekolah baru aku rindu gila kat mereka. Cehh!! ayat aku tak boleh blah.. =3 tapi memang betul pun.. 4 tahun aku lalui segala suka dan duka dengan mereka.. Walaupun kadang-kadang tu sentap dengan ayat dorang yang laser tu.. Aku tahan saja.. ialah, masa ni jelah nak dengar dorang tu berlaser kan? nanti bila dah besar, semua dah bawa haluan masing-masing mesti rindu saat-saat macam ni.. Betul tak? Mestilah betulkan.. *senyum gembira*

*Imbas pada 11 Januari 2013 yang lalu*

Tengah boring masa tu, tak tahu nak buat ape.. Tiba-tiba, tergerak hati nak tengok keputusan permohonan untuk ke Kolej Vokasional tu.. Masa tu saje je aku buka laman web tu. Dalam hati tak harap pun yang aku dapat tawaran tu.. Yelah, result aku tu pun bukannya bagus sangatkan.. Tiba-tiba, *berapa banyak kali Tiba-tiba daaa.. lantak la* keluar kat laman web tu, tulis 'Tahniah! permohonan anda untuk memasuki Kolej Vokasional telah berjaya' *lebih kurang macam tulah ayat dia..* Terkejut badak aku.. badak pun tak terkejut macam tu sekali.. Perasaan aku masa tu bercampur baur.. Sedih, gembira, kecewa, manis, masam, pahit, masin, payau pun ada.. Eh?? Amik kau! Sampai macam tu sekali perasaan aku macam tu. Kau ada? LOL last-last bila difikirkan balik, aku terima tawaran tu..

*masa kini*

Dah macam dalam filem pulak.. Ada imbas segala bagai.. Peduli lah, aku yang taip.. Kau tak suka, pergi duduk kat sana diam-diam.. Cewahh! gurau je, janganlah marah.. ada lagi 4 hari sebelum aku menjejakkan kaki ke sana.. Fuhh! power tak Bahasa Melayu aku? Mestilah power kan? Bahasa Melayu A lah katakan.. *gelak bangga* jealous lah tu.. Semalam pergi shopping barang-barang yang perlu dibawa ke asrama.. Beli barang sikit, tapi sampai RM200.. Gila ke tidak mahalnya barang kat kedai tu.. Itu belum campur lagi barang-barang dengan yuran kat Kolej tu.. mampus kau nak kena bayar. Aku cakap macam tu sebab aku tak pernah ada duit sebanyak tu.. Paling banyak pun dalam tangan aku, RM50.. itu pun sebab nak beli buku masa awal tahun hari tu.. sebab orang dulu-dulu pernah cakap, 'Budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak' Okayy, masalah sekarang ni. Aku kecik lagi ke? -_-" *perasan sekejap* Tapi yang menjadi persoalan aku sehingga kini, kat sana ada mesin basuh tak? Hohoho aku tak berapa pandai basuh baju guna tangan ni. Aku tahu, aku ni tak ada ciri-ciri bakal isteri Mithali.. *lambat lagilah kau nak kahwin* kalaulah ada mesin basuh kat sana, mesti aku orang yang paling kerap guna.. Tambah-tambah kalau mesin basuh yang macam dalam cerita Mr.Bean tu.. masuk duit syiling dulu baru mesin tu bergerak. Eh eh, apa aku merepek ni? Okayy, tak payah baca ayat atas tadi tu.. Sebenarnya, aku sedih nak tinggalkan sekolah lama. Banyak kenangan manis, pahit kat sini.. Daripada budak innocent jadi budak talkative.. Daripada tak pandai, jadi pandai. *sikitla, tak banyak pun* Banyaklah daripadanya.. penat nak menaip kalau aku senaraikan. Dan dah bermacam kerenah budak aku jumpa. Cikgu praktikal jangan cakaplah, memang banyak.. Comel ada, Hensem ada, Tinggi ada, Rendah pun ada.. hahaha Tapi kalau cikgu yang bukan praktikal memang banyak.. Sampai dah boleh hafal dah parut, jerawat kat muka diorang tu. Punya fokusnya aku masa dalam kelas. Tapi setakat ni, tak pernah pulak aku jumpa cikgu aku yang ada jerawat segala bagai tu. Kawan aku ramai la. Remajalah katakan. Kalau tak ada jerawat, bukan remaja namanya. Betul tak? Tak betul, pergi main gelongsor kat sana. Jangan sibuk kat sini. Back to the story. *speaking pulak aku malam-malam ni* Ditambah pulak dengan desakan kawan aku yang menyuruh aku berfikir masak-masak pasal tawaran ni.. Memang menyesakkan fikiran aku betul korang ni.. hm "Awak, saya dah fikir dah. bukan setakat masak, dah rentung dah pun apa yang saya fikirkan ni. Harap awak faham ye? Tawaran ni, kita akan dapat sekali sahaja seumur hidup." Mungkin dengan cara ni, masa depan aku akan lebih cerah. Siapa tahukan. Baiklah, dah penat aku menaip untuk malam ni. In shaa Allah, sehari sebelum aku pergi asrama, aku akan update satu lagi entri.. BYE

#korang perasan tak? aku banyak menghalau orang malam ni. Okayy, abaikan saje.

Sunday 6 January 2013

Sedang Apa dan Dimana?

Amaran: tajuk diatas tiada kena mengena dengan entri ini..
hai semua... *lambai tangan sambil buat flying kiss* macam ramai sangat je yang baca blog aku ni.. -_- aku nak bagitahu ni.. latihan merentas desa sekolah aku bakal diadakan tak lama lagi.. macam aku sorang je ada sekolah kan?.. okayy, macam biasa, budak pemalas sorang ni mesti akan dapat tempat ke 100++.. mula-mula je bersemangat nak lari.. potong sana, potong sini.. bukan potong guna pisau tau.. aku kerat 18 jugak korang ni nanti.. haa, tapi nanti tak sampai suku kilometer dah pancit macam tayar terlanggar paku. masa tu mulalah rasa macam nak je panggil ambulans suruh bawak aku balik ke sekolah.. botol air yang 1.5 liter tuh boleh habis dalam sekelip mata je tau.. kau jangan main-main dengan aku.. silap-silap nampak pili bomba kat tepi jalan tu pun aku rembat air dia.. kesian Jabatan Bomba nanti.. nasib baik aku ni jenis yang berperikemanusiaan lagi.. *puji diri sendiri* sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal merentas desa ni.. tapi, aku nak cerita pasal................................................ aku pun taktahu aku nak taip apa malam ni.. tiba-tiba otak blank..agaknya sebab buat essay 'My New Class' tu kot.. nampak tajuk macam kacang je.. tapi, kau tak pernah rasa lagi duduk dalam KELAS BARU aku ni macam mana lagi.. budak-budaknya dah macam baru keluar zoo.. riuh yang amat sangat masa cikgu tak ada.. termasuklah ketua dengan penolong dan tak lupa, aku sekali.. cikgu entah nak berapa perenggan pulakkan essay ni? aku baru siap satu perenggan.. mesti korang cakap, "pemalas punya budak" betul tak? dah agak dah.. taknak kawan korang.. esok pulak ada latihan Daya Tahan Kardiovaskular.. haa, amik ko! tergeliat lidah aku nak menyebutnya.. sampai terbelit-belit lidah ni.. cikgu suruh bersenam or jogging cuti sabtu ahad ni, tapi aku boleh pulak pergi ber'window shopping' dengan parents aku.. best tak? esok kalau otot kau kejang jangan nak melalak-lalak panggil cikgu pulak.. *cakap kat diri sendiri* aku dah start merepek, pedulikan aku... keboringan yang amat sangat duduk kat rumah ni sorang-sorang sebab kena tinggal dengan parents aku.. *menangis sorang2*

tadi sempat call my mum.. sebab rasa sunyi gila-gila kat rumah ni..

myy: hello.. ada ape?
aku: hello myy.. bila nak balik?
myy: tak tahu lagi lah.. myy kat senawang ni..
aku: aik? tadi kata pergi sekolah Alang je..
myy: memanglah.. lepas tu myy pergi senawang pulak. tengok orang sakit. lepas ni nak pergi pasaraya yang baru bukak tu..
aku: nak ikut jugak!!! kenapa tak ajak tadi?
myy: eh, dia yang taknak ikut.. cakap orang pulak..
aku: *terkena sebijik* okayy.. jangan lupa beli makanan sekali..
myy: tengoklah nanti.. 
aku: myy, belikan....................
tut tut tut tut... terputus sebab telefon takde bateri *tak pasal-pasal telefon tu kena sumpah dengan aku malam ni*

letak telefon, pegi ruang tamu bukak semua lampu.. takut gila weyh!! memang aku pengecut pun.. mana tau nih? aku kalau dah tinggal sorang-sorang kat rumah ni, memang segala jenis makhluk yang 'cantik' tu terbayang-bayang kat fikiran aku ni.. nak je aku suruh cina yang duduk kat belakang rumah aku ni memekak.. tak adalah sunyi sangat.. *bila dia buat bising, ko jugak yang menyumpah dia tak habis-habis, bila dah macam ni.. mintak tolong pulak dengan dia* teruk sungguh perangai aku.. okayylah.. nak stop sampai sini je... "woi, upah aku baca blog ko nih mana?!" tiba-tiba ada suara pulak malam-malam ni.. Nah la gula-gula HACKS.. pergi main buaian sorang-sorang kat sana.. nanti ada orang teman.. hahaha.. #GoodNight 

Thursday 3 January 2013

Teman Yang Menghiburkan

hari ni aku nak cerita pasal kawan-kawan aku yang memang aku sayang sangat.. kalau korang taknak baca sudah.. tak heran pun.. nah lolipop, pergilah main jauh-jauh.. syuhh~ syuhh~ okayy berbalik pada tajuk asal, walaupun mereka selalu buat aku sentap, sakitkan hati aku, aku still sayangkan mereka.. tanpa kawan, sunyilah hidup kita nikan.. betul tak? kau cakap tak betul, aku lempar kau dengan lumpur.. nak kena buatlah.. dalam kelas kalau mereka tak ada memang kelas rasa lain sangat.. ibarat macam dekat dewan peperiksaan.. sunyi, bosan and macam-macam lagilah.. sebab mereka nilah yang selalu buat kecoh kat dalam kelas, termasuk aku.. yaa aku mengaku, memang aku kuat bercakap.. kenapa? jeles ek sebab korang tak banyak cakap macam aku? hahaha tapi masa kelas Sains sempat snap gambar dorang buat tatapan korang.. mereka tak cantik?? kau nak kutuk mereka?? no way!!! kau bagi aku sumbat mulut kau dengan bom atom dulu baru boleh kau kutuk dorang.. semua ciptaan Allah SWT cantik dan sempurna akal fikirannya.. ingat tu! 






untuk pengetahuan anda semua, aku tak ada dalam gambar ni.. sebab, aku yang jadi photographer tak bertauliah untuk dorang.. malas nak bergambar dengan muka berminyak tu.. actually, bukannya aku lumur minyak kat muka aku ni.. tapi hormon remaja tu.. biasalah.. entah-entah kat muka korang pun ada minyak.. taknak mengaku pulak.. lumur minyak gamat kat muka kau baru tau.. esok la aku upload lagi gambar.. malas nak tunjuk kat korang semua.. nanti korang kata aku ni pemalas nak taip.. letak gambar je lebih.. cerita takde.. nanti kalau aku taip banyak-banyak nanti korang pulak yang muak nak baca.. sedih aku.. *lap air mata* okayylah, dah azan dah tu.. nak berhenti sampai sini je.. nak solat dulu.. sukalah tu aku dah berhenti tulis cerita.. korang memangkan.. langsung tak sayang aku.. *kunyah peria* #Assalamualaikum semua.. BYE.. #SalamMaghrib..

Baca Buku Cerita Sebelum Tidur

aku macam budak kecik? eh, sukahati akulah.. jeles cakap jelah.. aku sebelum tidur memang WAJIB baca buku cerita.. kalau tak memang mata aku takkan lelap. serius aku bitau korang ni.. dengar tak? taknak dengar sudah.. pergi main teng-teng kat sana.. jangan sebuk kat sini.. hahaha, gurau jelah.. antara buku yang aku selalu baca buku cerita dengeng yang budak umur 4-5 tahun baca tuh. okayy tak kelakar.. janganlah gelak.. aku taknak taip nanti padan muka korang.. tajuk dia Si Luncai dengan Labu-labunya, Arnab yang Bongkak banyak lagilah.. kat bawah ni aku sertakan satu cerita.. aku pun tak pernah baca lagi buku ni.. kalau korang taknak baca sudah.. ada butang pangkah kat atas tu, klik je.. nanti terus hilang benda ni..

KAWAN YANG TIDAK JUJUR 
Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

so, kat cerita ni ada pengajaran tau.. carilah sendiri.. takkan semua aku nak buat.. pemalas sungguh korang ni.. taknak kawan. okayylah aku pun dah mengantuk.. Beta ingin beradu dulu.. Selamat Malam.
#ASSALAMUALAIKUM.. jawab jangan tak jawab. dosa tau tak.. aku ceramah nanti, korang jugak yang tak tahan.. Baca doa sebelum tidur, basuh kaki.. BYE!!

Wednesday 2 January 2013

Hari Yang Menyeronokkan ❤

hari ni nak cerita first day aku jadi budak Form 4. aku tahu aku kecik lagi.. tak payah la nak ejek.. *seret beg sekolah masuk bilik* kepada sesiapa yang taknak baca tuh, pegilah main jongkang jongkit kat taman permainan tuh.. tak suruh pun baca.. okayy.. pagi tadi, sampai je sekolah dah nampak dah anak-anak dara pingitan berdiri kat sebelah dewan sambil berborak cerita pasal cuti yang lepas.. *actually, dewan dekat dengan pintu pagar sekolah..* mereka ni kalau bercerita mengalahkan tak jumpa bertahun-tahun.. perempuanlah katakan.. pagi tu agak basah dataran perhimpunannya.. sebab baru lepas hujan.. mestilahkan.. takkan makcik yang tukang sapu tuh, simbah air pulakkan.. mengarut je.. -_- macam-macam ragam dapat tengok.. dengan budak Form 1 yang macam darjah 1.. semuanya pendek-pendek dan comel.. lepas menyanyi, baca ikrar semua tu, perhimpunan pun bersurai.. Alhamdullillah.. Kali ni memang sepatah dua kata je beliau-beliau tu bagi ucapan.. bukan macam sebelum ni, beribu-ribu patah perkataan.. memenatkan halwa telinga saja.. tadi ada berdaftaran untuk Form 4.. then aku memilih untuk masuk ke kelas Perdagangan.. bukan PEMERDAGANGAN okayy.. tapi PERDAGANGAN.. jangan silap baca pulak ye.. dapat pulak satu kelas dengan kawan-kawan yang gila-gila.. bukan gila yang macam orang tuh.. tapi kelakar,  suka drop orang.. macam tulah lebih kurang.. memang masyuk kalau dengan dorang..

homework pun dah menimbun.. dengan cikgu BI suruh cari ayat ape tah.. tapi dalam bahasa INGGERIS, dorang panggil NAG.. malas aku nak check kamus... *pemalas betul budak ni.. anak sapa laa* dan tak lupa juga pada subjek yang memang sejak azali lagi suka memecahkan kepala otak aku ni.. apalagi kalau bukan MATEMATIK!!! dah la tadi masa kelas matematik jugakla aku rasa mengantuk yang teramat sangat.. *2 waktu tu weyh* aku rasa kalau korang letak bom kat sebelah aku pun, belum tentu aku nk lari selamatkan diri.. memang tak larat lah aku cakap dengan kau!! im feel very sleeppy now.. nak menaip benda alah ni pun mengambil masa berjam-jam.. sakit leher pun ada ni.. masalahnya, dah asar.. kan orang dulu-dulu selalu bilang cakap, tak elok tidur waktu lepas Asar.. nanti kemungkinan boleh jadi gila.. terpulanglah korang nak percaya atau tak... its up to u babe!! aku paksa korang percaya nanti, ada yang kena campak kat lombong pulak nanti.. korang semua ni bukannya boleh percaya sangat.. Auta je lebih.. hahaha.. okayy lah..

#salamAsar.. homework jangan lupa siapkan.. 

Tuesday 1 January 2013

sleeQmovement

tengok tajuk atas tu.. *sleeQmovement* okayy, aku nak cerita sikit ni.. (taknak dengar sudah, pegi duduk kat sana) aku ni salah seorang sleeQmovement. "Apa sleeQmovement tu?" benda alah ni adalah kelab peminat untuk kumpulan sleeQ.. alah, yang terkenal dengan lagu Untuk Dia tulah.. *sambil menyanyi* berduet dengan Cik Najwa anak Latif tulah.. sleeQ ni terdiri daripada Syarif dan Alyph.. dorang sangat comel tahu? *kau cakap dia tak comel, aku hempuk kau dengan penyapu jiran rumah aku* okayy, tak kelakar. aku bila tengok dorang muncul kat TV atau lagu dorang keudara aku memang taknak ada sesiapa pun tukar siaran.. aku memang fanatik tahap gaban. *gaban tu apa? entahlah.. binatang mana tah*

korang nikmatilah gambar dorang ni sambil makan cikedish... (betul ke tidak aku eja cikedish nih.. lantak la.. hahaha)
Syarif.. dia dah bertunang.. *lap air mata*

ni gambar dia dengan tunang dia baru-baru ni.. (sooo sweettttt)

ni pulak Alyph.. dia comel sikit dari Syarif

*no komen*


#goodNight semua.. esok nak sekolah.. nak tidur awal.. See u next time.. :*

Kebosanan dan Kegeraman

Mesti korang baca tajuk atas ni pun dah pelikkan.. aku tahu tu.. Kebosanan. Nak tahu sebab ape? *taknak tahu sudah.. pergi main jauh-jauh.. hehe.. okayy, sebabnya aku kembali jadi 'anak tunggal' dalam rumah ni. (Anak tunggallah sangat) abang-abang dan kakak  aku semua dah balik ke tempat dorang.. *kunyah meja* sedih tahu tak? Walaupun aku selalu kena buli (bagi aku la) tapi aku sayang mereka.. T_T *tak payah nak sedih sangatlah Husna*... I will miss them.. *tangan kat bahu, mata pandang atas* 

kita pergi pada tajuk kedua iaitu Kegeraman. (dah macam bagi ceramah pulak) aku geram sebab esok dah sekolah.. aku ulang lagi sekali, ESOK SEKOLAH!! dengar tak? kalau tak dengar pergi korek telinga tuh.. Bermulalah rutin harian aku sebagai seorang pelajar.. *mengeluh*

nampakkan gambar kat atas ni? kalau taknampak jugak tak tahulah. aku harapkan tahun ni menjanjikan kelainan pada aku. Aku taknak macam tahun-tahun yang lepas. Selalu tak ambil perhatian dalam kelas.. (aku tak borak okayy, tapi kacau orang) Subjek yang aku gila sekali Pendidikan Seni.. aku boleh jadi gila kalau masuk kelas ni.. (bukan orang gila yang menjerit tak tentu pasal tu, tapi gilakan warna, pensil, dan kertas lukisan) harap korang paham.. tak ada orang gila tulis blog.. ada ke? tak pernah pulak aku jumpa.. okayy, berbalik pada tajuk asal.. Aku tak tahulah boleh bangun awal ke tidak.. Sebab dah lama tak bangun awal pukul 5.30-6.00 pagi macam tuh.. sedihkan.. *nah tisu, pegi nangis jauh-jauh* malam ni, tak kira, nak tidur awal jugak.. okayy lah korang.. makin lama aku tulis blog nih, makin bengong pulak jadinya.. =P

#Salam Asar. See u next time.