Friday, 25 January 2013

Dorm, Tidur & Happening

Sepanjang seminggu aku duduk kat asrama tu memang terseksa jiwa raga. *taktahulah pulak jiwa kita ni ada raga* Sebelum pukul 6 kena ada kat surau untuk solat Subuh. pagi tau, bukan petang. Ingat tu. Masa daftar hari tu, aku dapat dorm Siti Hawa dan dapat cadar warna hijau. Dah macam katil hospital pulakkan? Ikutkan hati memang taknak, tapi redha jelah orang dah bagi tukan? Nanti kalau protes nanti, ada jugak yang kena campak kat tempat lembu berkubang tu nanti. Yang paling best kat dorm aku ni, ramai yang mix. Cina+India+Melayu ada, Thailand+Filipina ada, yang lain tu aku tak ingt mix dgn apa. Tapi ramailah. Muka mcm matsaleh, tapi aku tak tahu dia ada campuran sebelah sana atau tak. Pedulilah, yang penting dorang semua comel, cantik dan baik. Tapi aku beritahu korang lah kan, bila malam waktu nak tidur tu, akan ada satu aroma yang menusuk kalbu. Iaitu bau TAIK LEMBU!! Oh, gelakkan aku ye? Gelaklah puas-puas, aku merajuk dengan korang. Lagi satu, dorm aku ni betul-betul kat belakang landasan keretapi. Cubalah korang cipta keretapi yang tak keluar sebarang bunyi boleh tak? Ini tidak, bunyi bila keretapi tu lalu mengalahkan bunyi banggunan kena langgar dengan todak! Eh? Silap pula, bunyi mengalahkan keretapi tu nak tercabut dari landasan tu tahu tak? Kuat betul. Yang tak boleh blah, katil aku bahagian atas. Dahlah berhabuk, sejuk pulak tu. *sebab dekat dengan kipas* 

Masa malam kedua terakhir sebelum cuti Wajib ni, kita orang satu dorm tu duduk berkumpul kat meja duduk tu. Borak-borak, makan-makan, minum-minum, kenal antara satu sama lain dan macam-macam lagilah. *banyak betul kata ganda aku ni* Entah pukul berapa kitaorang tidur malam tu, tapi yang pasti, aku tidur selepas keretapi tu lalu. Dan korang tahulah kan, bila dah tidur lambat semestinya bangun lambat. Betul tak? Tapi nasib baiklah sempat turun ke surau pukul 6. Kalau tak, tak tahulah. 

Aku sebenarnya nak cerita pasal semalam. Ada treasure hunt. Best tu, akak-akak fasilitator tempek tepung+telur+gam+watercolour dan tak lupa, air kolam kura-kura tu kat muka kitaorang. Busuk jugaklah jadinya. Tapi seronok sangat! Dah lama tak buat aktiviti macam tu. Tapi yang parahnya, dalam masa seminggu aku duduk kat sekolah ni, dah dua kali aku jatuh. Malu kot. *tutup muka guna daun pisang* Sekolah aku ni kalau nak panjat pagar memang takkan boleh.  Keliling sekolah ni sungguh menyeramkan. Ada landasan keretapi, tempat lembu berkubang, kubur. Kubur?? Yes, kenapa? Takut ek? Mari sini aku peluk korang supaya korang tak takut. *perempuan jelah* Makan pula, 5 kali sehari. Silap-silap, gemuk gedempol aku duduk sana. Jangan tanya kenapa aku nampak lain bila aku keluar dari sekolah tu lagi 4 tahun, inshaa Allah. 

Tapi tulah, baru seminggu aku duduk sini, dah rindu kat mak ngan abah. Nak menangis aku bila tak dapat telefon dorang hari tu. Now, bila dah ada depan mata, terubat kerinduan tu. Rasa macam tak jumpa dorang dah 5 tahun. Padahal baru 5 hari. Mengada tak? dalam masa setahun ni, 15 kali aku akan balik rumah.

  • 25 Januari-28 Januari
  • 8 Februari-12 Februari (CUTI TAHUN BARU CINA)
  • 8 Mac-10 Mac
  • 22 Mac-31 Mac (CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1)
  • 26 April-28 April
  • 30 Mei-9 Jun (CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2)
  • 5 Julai-7 Julai
  • 12 Julai-14 Julai
  • 19 Julai-21 Julai
  • 26 Julai-28 Julai
  • 2 Ogos-18 Ogos (CUTI PERTENGAHAN SEMESTER/CUTI HARI RAYA AIDILFITRI)
  • 13 September-16 September (CUTI HARI MALAYSIA)
  • 11 Oktober-13 Oktober (CUTI HARI RAYA AIDILADHA)
  • 1 November-5 November (CUTI DEEPAVALI/CUTI AWAL MUHARRAM)
  • 15 November (CUTI AKHIR TAHUN PELAJAR TAHUN 1)

Cuti aku tak sama macam budak sekolah *kerek sikit* Jangan jealous tau. Okaylah, bantal dah panggil. Good night semua, Assalamualaikum. Sebelum tidur jangan lupa baca doa sebelum tidur. Kalau boleh, ambil wuduk sebelum tidur. 

No comments:

Post a Comment