Tuesday, 1 January 2013

Kebosanan dan Kegeraman

Mesti korang baca tajuk atas ni pun dah pelikkan.. aku tahu tu.. Kebosanan. Nak tahu sebab ape? *taknak tahu sudah.. pergi main jauh-jauh.. hehe.. okayy, sebabnya aku kembali jadi 'anak tunggal' dalam rumah ni. (Anak tunggallah sangat) abang-abang dan kakak  aku semua dah balik ke tempat dorang.. *kunyah meja* sedih tahu tak? Walaupun aku selalu kena buli (bagi aku la) tapi aku sayang mereka.. T_T *tak payah nak sedih sangatlah Husna*... I will miss them.. *tangan kat bahu, mata pandang atas* 

kita pergi pada tajuk kedua iaitu Kegeraman. (dah macam bagi ceramah pulak) aku geram sebab esok dah sekolah.. aku ulang lagi sekali, ESOK SEKOLAH!! dengar tak? kalau tak dengar pergi korek telinga tuh.. Bermulalah rutin harian aku sebagai seorang pelajar.. *mengeluh*

nampakkan gambar kat atas ni? kalau taknampak jugak tak tahulah. aku harapkan tahun ni menjanjikan kelainan pada aku. Aku taknak macam tahun-tahun yang lepas. Selalu tak ambil perhatian dalam kelas.. (aku tak borak okayy, tapi kacau orang) Subjek yang aku gila sekali Pendidikan Seni.. aku boleh jadi gila kalau masuk kelas ni.. (bukan orang gila yang menjerit tak tentu pasal tu, tapi gilakan warna, pensil, dan kertas lukisan) harap korang paham.. tak ada orang gila tulis blog.. ada ke? tak pernah pulak aku jumpa.. okayy, berbalik pada tajuk asal.. Aku tak tahulah boleh bangun awal ke tidak.. Sebab dah lama tak bangun awal pukul 5.30-6.00 pagi macam tuh.. sedihkan.. *nah tisu, pegi nangis jauh-jauh* malam ni, tak kira, nak tidur awal jugak.. okayy lah korang.. makin lama aku tulis blog nih, makin bengong pulak jadinya.. =P

#Salam Asar. See u next time.

No comments:

Post a Comment