Monday, 21 January 2013

Kehidupan Baru

Tajuk atas ni macam pelik sikitkan. Aku bukan nak cerita kehidupan baru lepas kahwin. Tak ada kena mengena pun. Kahwin pun belum. Aku nak cerita pasal........ baca dibawah ye sayang-sayang sekalian. :*

Hari ini bermulalah episod baru aku di sekolah baru.. Power tak BM aku? Jangan jealous tau. Tak tahulah nanti macam mana keadaan aku kat sana nanti. Mungkinkah kehidupan aku disana nanti akan lebih teratur berbanding sekarang? Siapa tahukan? *kunyah dekoder Astro* sejak aku lahir lagi, aku dah dengar macam-macam cerita pasal asrama ni. Bukan asrama aku je, semua asrama kat dunia ni. First sekali dah tentulah cerita HANTU kan? Cerita ni akan meletup-letup macam bunga api sambutan tahun baru tu pada waktu malam.. Ofcourse lah kan.. mana ada hantu keluar waktu siang-siang macam ni. Kalau ada juga, dah tentu-tentu Hang Tu yang jadi HANTU nya. Tak faham? Pergi semak kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tu.. Second, gejala BULI yang semakin berleluasa.. masa hari last day aku kat sekolah lamalah kan, kawan kelas aku ada cakap something  pasal sekolah baru aku ni..

S: Kat sekolah sana tu ada ramai budak HOT weyh..
Aku: Jadi? Apa masalah aku dengan budak-budak tu? *kasar tak ayat aku?*
S: Kau nak beat dengan aku tak? First day je kau masuk sekolah tu, mesti kau dah kena ragging.
Aku: Buat ape nak beat-beat ni semua? Lagi pun, ragging tu ape? *aku blur sikit bab bahasa rempit dorang ni*
S: Ragging pun kau tak tahu ke? *sambil tergelak macam orang kena sawan*
Aku: Lagi pun, aku tak ganggu hidup mereka. Nak buat ape dorang kacau hidup aku?
S: Suka hati kaulah.. Tak percaya sudah.
Aku: *cakap dalam hati* Kau pergi sekolah tu pun tidak, nak cakap lebih-lebih.

Aku terpaksa rahsiakan identiti S.*baik tak aku?* Kadang-kadang bila difikirkan balik, buat apa aku nak percaya apa yang S cakap kan? Aku pergi sana sebab nak belajar. Bukannya bergaduh. Betul tak? Third, gejala LGBT. *tak faham apa maksud LGBT? pergi search Google* tambah-tambah aku masuk sekolah ERT. Dah tentulah majoriti budak sekolahnya, perempuan. Selisih malaikat 44. Seram aku dengar pasal ni. Tapi nasib baiklah ada beberapa orang hero kat sekolah tu.. Penyelamat? Yelah kot. *garu kepala* Tak kisahlah. Yang penting sekarang ni aku nak belajar bersungguh-sungguh. Itu matlamat aku pergi ke sana. Ada orang cakap kat aku. Nama sekolah yang aku nak masuk ni panjang sangat. Bagi korang, panjang ke nama ni? Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga Dato' Undang Haji Mohamad Sharip. Err, panjang sikitlah kot. Tapi singkatan dia KVERTDUHMS. Pedulilah semua tu. Yang penting Fathiyah ada sekali kat sini. Siapa tu? ohh, kawan sekolah aku waktu kat SMDSA. tak berapa rapat sangat. Tapi dia baik tau. Dia tak sombong, sama macam kembar dia. Kembar? Yes, dia ada kembar. Seiras jugak la bagi aku. Sebab bila mereka bersama, aku sentiasa tak dapat bezakan yang mana Fathihah, yang mana Fathiyah. Last but not least, aku nak ucapkan terima kasih kat mereka-mereka ni semua yang sudi jadi kawan terbaik yang aku pernah ada.. Especially, Sara *kembar tak rasmi aku*, Qamarina *penolong ketua tingkatan yang kadang-kadang otak dia boleh jadi tak betul jugak. Macam aku*, Syafiqah Zulkifli *kadang2 aku suka cubit pipi chubby dia tu*, Ain *selalu cerita pasal abang tak rasmi dia tu, kadang-kadang layan je. Kadang-kadang tak. Sorry Ain*, Emylia *err, tak tahu nak cakap apa pasal dia*, Afiq, Aliff, Arash *tiga orang yang selalu buat kecoh dalam kelas, suka buat lawak, suka drop orang and anything yg melucukan* dan maaf kepada sesiapa yang aku tak taip nama dia dalam ni. Bukan dilupakan, tapi jari ni dah penat nak menaip. Apa-apa pun, korang sentiasa ada didalam hati aku. I LOVE YOU AND I WILL MISS YOU BADLY. Err, okayy. Sampai sini je kot. Nak check barang dulu. Kejap lagi nak pergi dah. Bye All's. In shaa Allah, panjang umur, kita jumpa lagi. *dah macam lirik lagu*

#Gambar ni yang akan aku bawak ke sana.. 

No comments:

Post a Comment