Thursday, 17 January 2013

Rindu, Gembira & Sedih

Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entri aku kali ni berbunyi macam tu.. Memang sengaja je aku buat tajuk macam tu.. Takdelah, sebenarnya tajuk tu tentang perasaan aku sejak akhir-akhir ni.. Mesti bila dekat sekolah baru aku rindu gila kat mereka. Cehh!! ayat aku tak boleh blah.. =3 tapi memang betul pun.. 4 tahun aku lalui segala suka dan duka dengan mereka.. Walaupun kadang-kadang tu sentap dengan ayat dorang yang laser tu.. Aku tahan saja.. ialah, masa ni jelah nak dengar dorang tu berlaser kan? nanti bila dah besar, semua dah bawa haluan masing-masing mesti rindu saat-saat macam ni.. Betul tak? Mestilah betulkan.. *senyum gembira*

*Imbas pada 11 Januari 2013 yang lalu*

Tengah boring masa tu, tak tahu nak buat ape.. Tiba-tiba, tergerak hati nak tengok keputusan permohonan untuk ke Kolej Vokasional tu.. Masa tu saje je aku buka laman web tu. Dalam hati tak harap pun yang aku dapat tawaran tu.. Yelah, result aku tu pun bukannya bagus sangatkan.. Tiba-tiba, *berapa banyak kali Tiba-tiba daaa.. lantak la* keluar kat laman web tu, tulis 'Tahniah! permohonan anda untuk memasuki Kolej Vokasional telah berjaya' *lebih kurang macam tulah ayat dia..* Terkejut badak aku.. badak pun tak terkejut macam tu sekali.. Perasaan aku masa tu bercampur baur.. Sedih, gembira, kecewa, manis, masam, pahit, masin, payau pun ada.. Eh?? Amik kau! Sampai macam tu sekali perasaan aku macam tu. Kau ada? LOL last-last bila difikirkan balik, aku terima tawaran tu..

*masa kini*

Dah macam dalam filem pulak.. Ada imbas segala bagai.. Peduli lah, aku yang taip.. Kau tak suka, pergi duduk kat sana diam-diam.. Cewahh! gurau je, janganlah marah.. ada lagi 4 hari sebelum aku menjejakkan kaki ke sana.. Fuhh! power tak Bahasa Melayu aku? Mestilah power kan? Bahasa Melayu A lah katakan.. *gelak bangga* jealous lah tu.. Semalam pergi shopping barang-barang yang perlu dibawa ke asrama.. Beli barang sikit, tapi sampai RM200.. Gila ke tidak mahalnya barang kat kedai tu.. Itu belum campur lagi barang-barang dengan yuran kat Kolej tu.. mampus kau nak kena bayar. Aku cakap macam tu sebab aku tak pernah ada duit sebanyak tu.. Paling banyak pun dalam tangan aku, RM50.. itu pun sebab nak beli buku masa awal tahun hari tu.. sebab orang dulu-dulu pernah cakap, 'Budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak' Okayy, masalah sekarang ni. Aku kecik lagi ke? -_-" *perasan sekejap* Tapi yang menjadi persoalan aku sehingga kini, kat sana ada mesin basuh tak? Hohoho aku tak berapa pandai basuh baju guna tangan ni. Aku tahu, aku ni tak ada ciri-ciri bakal isteri Mithali.. *lambat lagilah kau nak kahwin* kalaulah ada mesin basuh kat sana, mesti aku orang yang paling kerap guna.. Tambah-tambah kalau mesin basuh yang macam dalam cerita Mr.Bean tu.. masuk duit syiling dulu baru mesin tu bergerak. Eh eh, apa aku merepek ni? Okayy, tak payah baca ayat atas tadi tu.. Sebenarnya, aku sedih nak tinggalkan sekolah lama. Banyak kenangan manis, pahit kat sini.. Daripada budak innocent jadi budak talkative.. Daripada tak pandai, jadi pandai. *sikitla, tak banyak pun* Banyaklah daripadanya.. penat nak menaip kalau aku senaraikan. Dan dah bermacam kerenah budak aku jumpa. Cikgu praktikal jangan cakaplah, memang banyak.. Comel ada, Hensem ada, Tinggi ada, Rendah pun ada.. hahaha Tapi kalau cikgu yang bukan praktikal memang banyak.. Sampai dah boleh hafal dah parut, jerawat kat muka diorang tu. Punya fokusnya aku masa dalam kelas. Tapi setakat ni, tak pernah pulak aku jumpa cikgu aku yang ada jerawat segala bagai tu. Kawan aku ramai la. Remajalah katakan. Kalau tak ada jerawat, bukan remaja namanya. Betul tak? Tak betul, pergi main gelongsor kat sana. Jangan sibuk kat sini. Back to the story. *speaking pulak aku malam-malam ni* Ditambah pulak dengan desakan kawan aku yang menyuruh aku berfikir masak-masak pasal tawaran ni.. Memang menyesakkan fikiran aku betul korang ni.. hm "Awak, saya dah fikir dah. bukan setakat masak, dah rentung dah pun apa yang saya fikirkan ni. Harap awak faham ye? Tawaran ni, kita akan dapat sekali sahaja seumur hidup." Mungkin dengan cara ni, masa depan aku akan lebih cerah. Siapa tahukan. Baiklah, dah penat aku menaip untuk malam ni. In shaa Allah, sehari sebelum aku pergi asrama, aku akan update satu lagi entri.. BYE

#korang perasan tak? aku banyak menghalau orang malam ni. Okayy, abaikan saje.

No comments:

Post a Comment